Monday, August 31, 2009


Kehidupan macam mimpi
Mimpi pula macam kehidupan
Kadang-kadang menjadi kenyataan
Kadang-kadang ianya hanya angan-angan
Macam-macam perkara yang kita inginkan dalam hidup kita
Macam-macam cara kita lakukan untuk mendapatkannya

Tapi kita lupa
Tak semua yang kita inginkan berada dalam genggaman kita
Dan tak semua perkara kita tidak perolehi
Malah perkara yang berada di genggaman boleh terlepas begitu sahaja
Dan perkara yang tidak ada di cari-cari

Macam-macam peristiwa yang kita sering fikirkan
Membuatkan kita terbayang-bayang
Membuatkan kita marah dan sakit hati
Membuatkan kita senyum sendiri
Tak semua peristiwa kita boleh simpan di dalam fikiran kita
Malah kita harus melupakan peristiwa yang menyedihkan
Kerana ianya cuma menyakitkan hati
Malah kita harus mengingati peristiwa yang membawa kita kebahagian
Kerana ianya akan membuat kita tersenyum
Simpanlah ia kedalam hati kita yang paling dalam
Ingatkan
Renungkan
Fikirkan
Fahamkan

Semua perkara berlaku ada sebab
Tanpa sebab ianya tak kan berlaku
Sesuatu perkara itu boleh dibuang atau kita simpan….

No comments: